8.1 TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA
Taburan penduduk merujuk kepada sebaran penduduk di sesuatu kawasan atau negara. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2020 adalah seramai 32.7 juta orang. Taburan penduduk Malaysia tidak sekata. Secara umumnya, terdapat kawasan yang berpenduduk padat, sederhana dan jarang.
Tiga (3) Jenis Taburan Penduduk Di Malaysia:
a. Kawasan Berpenduduk Padat
π Jumlah penduduk melebihi 200 orang bagi sekilometer persegi
π Menjadi tumpuan penduduk kerana kawasannya rata dan subur serta sesuai untuk kegiatan seperti pertanian, perindustrian, perniagaan dan perlombongan. Selain itu kawasan penduduk padat mewujudkan peluang pekerjaan.
π Kawasan berpenduduk padat padat juga adalah kawasan bandar seperti ibu negeri
π Contoh: Kuala Lumpur, Putrajaya, Kuching, Alor Star, Kuala Terengganu, Ipoh, Johor Bharu, Seremban dan Kota Bharu
b. Kawasan Berpenduduk Sederhana
π Jumlah penduduk antara 50 hingga 200 orang bagi sekilometer persegi
π Banyak tertumpu di kawasan pertanian, pesisir pantai dan bandar kecil
π Contoh: bandar pertanian Jengka, Kawasan Perikanan seperti Mersing, bandar kecil seperti Gua Musang, Dungun (Terengganu) dan Felda Tunku (Sabah)
c. Kawasan Berpenduduk Jarang
π Jumlah penduduk sedikit iaitu kurang daripada 50 orang bagi sekilometer persegi
π Tertumpu di kawasan hutan tebal, berpaya, tanah tinggi, gunung ganang dan kawasan pedalaman
π Berpenduduk jarang kerana kerana kekurangan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik
π Contoh: Tasik Banding (Perak), Kuala Tahan (Pahang), Kapit (Sarawak)
8.2 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK DI MALAYSIA
Taburan penduduk Malaysia yang tidak sekata dipengaruhi oleh faktor-faktor tertentu. Keadaan tersebut secara langsung akan mempengaruhi perkembangan dan pembangunan bagi sesuatu kawasan.
Empat (4) faktor yang mempengaruhi taburan:
a. Faktor fizikal
π Tanah pamah
- Kawasan tumpuan penduduk kerana sesuai untuk pelbagai aktiviti ekonomi dan kawasan petempatan
- Contoh: kawasan Dataran Kedah-Perlis dan Dataran Kelantan merupakan kawasan pertanian
- Antara kawasan tanah pamah yang menjadi bandar ialah Seremban, Petaling jaya dan Sibu
π Tanah Tinggi
- Kawasan ini kurang menjadi tumpuan penduduk akibat darjah ketersampaian yang rendah
- Kawasan kediaman juga sukar dibina dan memerlukan kos yang tinggi kerana bentuk muka bumi yang tidak rata
- Kawasan berpenduduk jarang melibatkan kawasan banjaran di Malaysia, contohnya Ulu Tembeling (Pahang), Kawasan Banjaran Kapuas Hulu (Sarawak) dan Banjaran Tahan (Pahang)
π Pinggir Laut dan Saliran
- Kawasan yang berpenduduk padat dan sederhana padat
- Menjadi tumpuan penduduk akibat pengaruh kegiatan ekonomi perikanan dan pertanian
- Kawasan pesisir pantai dan sungai menyediakan kemudahan perhubungan yang baik seperti di Besut (Terengganu), sepanjang Sungai Rajang (Sarawak) dan Sungai Kinabatangan (Sabah)
- Terdapat juga kawasan berpenduduk jarang terutama di kawasan berpaya, contohnya sekitar Tasik Chini dan Tasik Bera (Pahang)
b. Faktor ekonomi
π Pertanian
- Kegiatan pertanian di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan dan Delta Rajang menjadikan kawasan tersebut berpenduduk padat
π Perlombongan
- Kegiatan perlombongan petroleum dan gas asli di Kerteh (Terengganu) dan Miri (Sarawak) menyebabkan kawasan tersebut menjadi tumpuan penduduk
π Perikanan
- Kawasan perikanan juga menjadi kawasan tumpuan penduduk
- Kawasan perikanan berpenduduk sederhana padat, contohnya Semporna (Sabah), Tumpat (Kelantan) dan Kemaman (Terengganu)
π Perindustrian
- Sektor perindustrian mampu menyediakan peluang pekerjaan yang menggalakkan penghijrahan penduduk
- Contoh: kawasan perindustrian di Bayan Lepas (Pulau Pinang), Shah Alam (Selangor), Batu Berendam (Melaka) dan Nilai (Negeri Sembilan)
c. Faktor sosial
π Infrastruktur
- Kawasan yang mempunyai kemudahan seperti bekalan air, elektrik, kemudahan telekomunikasi serta kemudahan pengangkutan menjadi tumpuan penduduk
- Kawasan pedalaman berpenduduk jarang kerana tidak mempunyai kemudahan sosial yang lengkap
π Pendidikan
- Kawasan yang mempunyai kemudahan pendidikan seperti pusat pengajian tinggi menjadi pilihan
- Contoh: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim (Perak), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai (Johor) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi (Selangor)
d. Dasar kerajaan/ Governan
π Pembukaan Bandar Baharu
- Pembukaan bandar Baharu
dapat menarik lebih banyak penduduk berhijrah
- Perpindahan pusat pentadbiran persekutuan ke Putrajaya menyebabkan kawasan tersebut berpenduduk padat
π Pewartaan Hutan Simpanan dan Taman
Negara
- Langkah kerajaan mewartakan
kawasan tertentu sebagai hutan simpan dan Taman Negara demi kelestarian
alam menjadikan kawasan tersebut berpenduduk jarang
- Contoh: Taman Negara (Pahang dan Pulau Pinang) dan Hutan Simpan Royal Belum (perak)
π Tanah Rancangan
- Pembukaan kawasan pertanian melalui Rancangan Tanah Persekutuan (FELDA) menyebabkan kawasan tersebut berpenduduk sederhana padat
- Contoh: kawasan Felda Kampung Sertik (Pahang) dan Felda Sahabat (Sabah)




No comments:
Post a Comment